Posted by : Unknown
Tuesday, 13 May 2014
TULISAN JAWI: TULISAN SERANTAU
Prof. Dr. Abd Jalil bin Borham Universiti Malaysia Pahang Abstrak Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya. Tulisan ini telah bekembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu BersuratTerengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan entadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Katakunci: Tulisan jawi, rantau Asia Tenggara, Bahasa Melayu, huruf Melayu Arab Pendahuluan Tulisan jawi ialah tulisan huruf-huruf Arab yang digunakan di kepulauan Melayu atau tulisan Melayu huruf Arab. Perkataan jawi berasal dari bahasa Arab dan dipanggil Yawi diPattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu (Mahyudin Yahya:1986).
Perkataan ini adalah kata adjektif bagi kata nama Arab “Jawah” dan apabila dijadikan kata adjektif “Jawah” menjadi“Jawi” (Amat Juhari: 1996). Ibn Batutah telah menggunakan nama al-Jawah bagi merujuk kepada Nusantara. Perkataan Jawi adalah nama bagi penduduk-penduduknya. Dengan itu nama Jawah dan Jawi tidak hanya merujuk kepada kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan ianya digunakan untuk seluruh daerah Asia Tenggara dan penduduknya sekali (Ibn Batutah: 1964).
Ejaan jawi adalah warisan khazanah bangsa Melayu yang sangat berharga. Ejaan jawi telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu dan kebudayaan bangsa Melayu. Berbagai bidang ilmu terutama pengajian Islam, kesusasteraan, sejarah dan perubatan telah ditulis dalam bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Ejaan jawi di Tanah Melayu adalah berasal daripada huruf Arab. Ismail Hamid (1981) menerangkan bahawa ejaan jawi
Kertas kerja
Ucaptama Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaaan 2012 di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang pada 18 Oktober 2012 telah diperkenalkan dan disebarkan oleh pedagang-pedagang yang mengembangkan Islam di nusantara khasnya di Tanah Melayu.Sejarah Asal Usul Tulisan Jawi Setelah Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu maka berkembanglah usaha-usaha untuk mempelajari Islam dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan hadith. Berdasarkan kepada fakta sejarah bahawa pendidikan Islam yang mula-mula diperkenalkan ialah berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarann ya dimulakan dengan pelajaran mengenal huruf-huruf. Maka untuk memudahkan lagi usaha penyebaran ilmu-ilmu Islam, ulama’-ulama’ dan para mubaligh Islam telah memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali sebagai tulisan jawi.
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini (Wikipedia: 2012). Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitanbahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Aceh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Undang-Undang Johor, Pahang, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.
Selain teks Sejarah Melayu, sumber perundangan di Melaka dapat dirujuk melalui teks undang-undangnya. Mengikut Liaw Yock Fang, teks undang-undang di Melaka terbahagi kepada dua iaitu Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka (Liaw Yock Fang (ed.), 1976). Undang-Undang Melaka dikenali juga sebagai Undang-Undang Darat Melaka , dan Risalah Hukum Kanun. Di samping itu 46 naskhah salinan daripadanya diberi berbagai-bagai judul seperti Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-Undang, Kitab Undang-Undang, Undang-Undang Melayu, Undang-Undang Raja Melaka, Undang-Undang Sultan Mahmud Shah, Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun (46 naskah ini terkumpul ke dalam beberapa versi seperti versi Undang-Undang Melaka yang tulin, versi Aceh dan versi Patani) (Mohammad Yusoff Hashim (1989). Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.
Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719). Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Dengan kedatangan Islam maka banyak unsur-unsur Islam yang mempengaruhi bahasa dan tulisan Melayu. Banyak perkataan Arab yang diambil dan dimasukkan dalam bahasa Melayu samada dikekalkan sebutan dan ejaannya mahupun diserap dan disesuaikan lafaz dan ejaannya. Contoh kata-kata yang dikekalkan ialah seperti Allah, Malaikat, nabi, rasul dan lain-lain lagi (Za`ba: 1965). Dengan itu penggunaan tulisan pengaruh India sudah tidak praktis lagi dalam suasana yang baru ini dan tulisan Arab telah digunakan untuk bahasa Melayu bagi menggantikan tulisan tersebut yang kemudiaanya dikenali sebagai tulisan Jawi.
Huruf-huruf dalam tulisan Jawi diambil secara langsung dari bahasa Arab dan ada yang diambil dari bahasa Farsi-Hindi. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa huruf Jawi adalah campuran dari huruf-huruf Arab sebanyak 28 huruf dan ditambah pula dengan lima huruf dari bahasa Parsi dan Berber. Beliau juga berpendapat bahawa “ga” itu adalah bunyi yang terdapat antara huruf “kaf” bertitik satu di atas. Manakala huruf “cha” adalah terbentuk dari huruf “ta” dan “jim” dalam abjad Arab. Oleh itu bentuknya ialah “jim”mempunyai tiga titik yang diambil dari dua titik pada huruf “ta”. Huruf “nga” pula adalah terbentuk dari huruf ghain, “nun” dan “ga”. Dua titik pada “nun” dan “ga” ditambah pada huruf “ghain” menjadi tiga titik di atas “ain”. Manakala huruf “pa” diambil dari huruf “ba” dan“fa” dan ditambah lagi satu titik untuk mengelakkan kekeliruan dengan huruf “qaf”. Akhirnya huruf “nya” pula terjadi dari “nun” dan “ya” menjadi huruf “nun” bertitik tiga yang diambil dari huruf “ya”. Tulisan Arab telah digunakan di Tanah Melayu semenjak Islam mula bertapak di situ lagi. Ini kerana bahasa bagi agama Islam ialah bahasa Arab dan al-Qur’an yang menjadisumber rujukan dalam Islam juga adalah berbahasa Arab. Namun tarikh sebenar bilakah tulisan Arab ini dipinjamkan oleh orang Melayu masih tidak dapat dipastikan lagi.
Tulisan Jawi di Nusantara
Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Berpandukan kepada beberapa fakta, kebanyakan sejarawan terutamanya dari barat berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara berlaku pada abad ke-13 Masihi. Islam telah dibawa oleh saudagar-saudagar Islam dari bangsa Arab, Parsi dan India. Menurut catatan Cina, pada zaman Dinasti Yuan telah datang satu rombongan diplomatik Melayu ke istana kerajaan tersebut pada tahun 1281-1282M (S.Q.Fatimi, 1963: 10).
Rombongan tersebut diketuai oleh dua orang Islam. S.Q.Fatimi melaporkan bahawa dua orang utusan tersebut adalah dari Samudera atau Sa-Mu-Ta yang bernama Hassan dan Sulaiman. Dalam catatan lain kedua-duanya disebut sebagai Sulaiman dan Shamsuddin(R.O.Winstedt, 1917). Manakala A.H.Hill pula menyebut Husain dan Sulaiman (Dr. A.H.Hill, 1960: 8). Seorang pengembara Vinace yang bernama Marco Polo telah singgah di Perlak(Ferlec) dalam perjalanan pulang dari istana Kublai Khan pada tahun 1292 Masihi (Marco Polo, t.t: 282). Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak pedagang-pedagang Islam di daerah tersebut. Di samping menjalankan perniagaan, mereka giat berdakwah bagi mengislamkan penduduk tempatan. Ibn Batutah, seorang pengembara Arab dari Moroko telah singgah sebanyak dua kali di Samudera dalam pelayarannya pergi dan balik dari Cina pada tahun 1345 Masihi (Ibn Batutah, 1960: 618, H.A.R. Gibb, 1929: 274). Beliau menyatakan bahawa raja Samudera pada ketika itu beragama Islam dan bermazhab Syafi`i. Raja tersebut adalah Malik al-Zahir, anak kepada Malik al-Salih yang menjadi raja Islam pertama di Samudera. De Jong (Fatimi, 1963: 10), seorang sejarawan Belanda berpendapat bahawa Pasai adalah sebuah negeri Islam sejak sebelum kedatangan Marco Polo ke negeri tersebut pada tahun 1292 Masihi lagi.
Catatan sejarah mengenai kedatangan Islam khususnya di Sumatera sama ada di Barus, Lambri, Aru dan Perlak berdasarkan hubungan dagangan Asia Barat dengan Nusantara tidak dapat disangkal lagi. Peringkat kedatangan Islam sejak awal hingga abad ke-13 Masihi khususnya di daerah Sumatera Utara sebagaimana yang dilaporkan oleh I-Tsing, seorang sarjana Cina yang berkunjung ke Sriwijaya pada tahun 672 Masihi menguatkan lagi kenyataan ini. Dalam pelayarannya ke negeri tersebut, beliau telah menumpang kapal orang-orang “Posse” iaitu panggilan orang-orang Cina kepada orang-orang Arab Islam. Wolters (Dr. O.W.Wolters, 1967: 56) berpendapat “Posse” sebagai panggilan orang-orang Cina kepada orang-orang Melayu. Justeru itu orang-orang Melayu pada abad tersebut dikatakan telah memeluk Islam. Menurut catatan Dinasti T’ang, terdapat orang-orang “Ta-Shih” yang berkerajaan di kawasan pantai barat Sumatera Utara (Dr. Omar Amin Husin, 1962: 73), iaitu gelaran kepada orang-orang Islam pada tahun 674 Masihi. Inskripsi batu nisan yang terdapat di Nusantara juga dapat dijadikan bukti yang kuat tentang kedatangan Islam di rantau ini sejak urun ke-7 hingga ke-13 Masihi. Antaranya ialah batu nisan di Leren bertarikh 1082
Masihi dan batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai bertarikh 1297 Masihi (S.Q.Fatimi, 1963:38). Batu nisan di Leren dikatakan kepunyaan seorang perempuan yang bernama Fatimah binti Maimun bin Hibatullah terletak di Leren, Gerisik Jawa Timur. Batu tersebut bertulisan Arab bertarikh tahun 1082 Masihi atau 1102 Masihi.Ia menjadi bukti yang tertua ekali tentang kewujudan orang-orang Islam di Jawa. Menurut Hall, batu nisan itu besar kemungkinan dibawa ke tempat tersebut pada masa-masa kebelakangan. Tarikh yang tercatat padanya hanya menunjukkan tentang adanya seorang Arab atau Parsi di sana pada tahun ersebut tetapi tidak ada bukti mengenai penyebaran Islam di sana (D.G.E.Hall, 1964). Begitu juga dengan batu nisan Sultan Malik al-Salih, Raja Pasai yang bertarikh 1297 Masihi. Dengan hanya berpegang kepada catatan Dinasti Yuan, laporan Marco Polo erta dua buah batu nisan tersebut, sejarawan Barat berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara berlaku di sekitar abad ke-13 Masihi. Pendapat inilah juga yang telah dipegang oleh ahli sejarah Belanda, Snouch Hurgronje yang menyatakan teorinya pada tahun 1883 Masihi dengan disokong oleh Russell Jones (G.W.J. Drewers, 1985: 8).
Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa kedatangan Islam di rantau ini berlaku sejak abad ke-7 Masihi atau ke-8 Masihi lagi. Oleh yang demikian, catatan di batu nisan bahawa Islam datang di rantau ini pada abad ke-13 Masihi bukanlah menandakan mula bertapaknya Islam tetapi menggambarkan tentang pengaruh Islam serta perkembangannya yang semakin pesat. Dari segi bukti, terdapat lima bukti utama yang ditemui yang menunjukkan tulisan
Arab telah digunakan di Alam Melayu. Bukti-bukti tersebut ialah:-
Batu nisan makam Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam, di Langgar Alor Setar Kedah yang bertarikh 290 H bersamaan 910 M. Penemuan batu nisan ini telah menolak pendapat yang menyatakan bahawa Islam mula diterima oleh penduduk Kedah berlaku pada akhir abad ke 15 Masihi. Ini adalah kerana sekiranya batu nisan itu ditemui bertarikh 910 Masihi sudah tentu penduduk di Langgar Kedah telah lebih awal menganut Islam sebelum tarikh yang tertera di batu nisan tersebut. Batu nisan yang ditemui di Pekan Pahang, subuh hari Rabu 14 Rabiul Awal 419H (1026M). Batu nisan yang ditemui di Phanrang, Vietnam yang bertarikh 431H bersamaan 1039M. Batu niasan puteri Sultan Abdul Majid Ibn Muhammad Shah yang bertarikh 440H bersamaan 1048M di tanah perkuburan Islam, jalan residensi Bandar Seri Begawan, Brunei. Batu nisan Fatimah bt Maimun bin Hibat Allah bertarikh 475H bersamaan 1082M diLeran Grisek, Jawa Timur. Daripada kelima-lima penemuan itu telah menjadi suatu buktiyang kukuh bahawa tulisan Arab telah wujud di Asia Tenggara sejak abad ke-10M lagi.Namun demikian bukti-bukti tersebut adalah ditulis dengan bahasa Arab dan belum ada yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Namun demikian pada kira-kira tiga ratus tahun lebih kemudian daripada bukti pertama yang bertulis Arab barulah ditemui bukti berbahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi. Bukti tersebut ialah bukti di Terengganu yang ditemui di Kuala Berang Trengganu yang bertarikh pada hari Jumaat 4 Rejab 702H bersamaan 22 haribulan Februari 1303M. Bukti ini ditulis di empat penjuru dengan bahasa Melayu huruf Jawi dan mengandungi hukum syara’ yang wajib dipatuhi oleh semua rakyat. Batu itu telah ditemui oleh orang-orang kampung di situ dan ianya dijadikan sebagai pelapik untuk membasuh kaki sebelum naik ke dalam surau. Penemuan pertama ini dianggarkan berlaku pada tahun 1887 (Syed Naquib: 1970). Penemuan batu bersurat ini menunjukkan bahawa tulisan jawi telahdigunakan sebelum tahun 1303M lagi dan sehingga hari ini tulisan jawi masih terus digunakan.
Bentuk tulisan Jawi pada bukti ini ialah tulisan khat nasakh yang mudah dibaca da nada menyebut nama Tuhan dengan panggilan “Dewata Yang Mulia”. Namun kerana usianya yang terlalu lama di samping ianya telah digunakan untuk pelapik kaki maka terdapat beberapa bahagian yang telah haus. Bukti ini merupakan satu kesan sejarah Islam yang terpenting dijumpai di Malaysia kerana ianya telah membuktikan dengan jelas betapa ajaran Islam sebenarnya telah dilaksanakan dan diamalkan dengan sempurna dan kuat pada kurun ke 14 Masihi. Di samping itu ianya juga menunjukkan bahawa negeri Trengganu telah menjadidakwah Islam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan sebab itu tidak hairanlah kenapa Trengganu kini digelar sebagai Darul Iman. Dari segi manuskrip pula, tulisan Jawi yang tertua bertarikh pada 998H/1590M iaitu naskah bagi kitab “’Aqaid al-Nasafi” karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Buku ‘Aqa’id al-Nasafi , diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, yang merupakan manuskrip Melayu tertua yang dijumpai sehingga saat ini (Al-Attas 1988; Wan Mohd Nor Wan Daud 2005; Guillot & Kalus 2008).
Penutup
Menjelang abad Masihi ke 20, penggunaan tulisan jawi sebagai alat perakam karya-karya persuratan Melayu sudah meliputi suatu lingkungan yang sangat luas. Bukan itu sahaja malah tulisan jawi telah digunakan dalam semua bidang kehidupan pada masa itu. Yangpaling menonjol ialah penggunaan tulisan jawi di dalam surat-surat antara negeri-negeri Melayu dengan pihak Inggeris. Keagungan tulisan jawi beransur-ansur kurang penting tahun demi tahun apabila kerajaan lebih memberikan penekanan kepada penggunaan tulisan rumi. Akhirnya generasi sekarang banyak yang tidak memahami tulisan jawi lagi. Sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan jawi yang diperkenalkan semenjak kurun ke-14 itu telah bertapak kukuh di Tanah Melayu. Pengaruhnya juga begitu meluas dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tetapi sejak sistem Ejaan Rumi diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke 20, dan digunakan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan tulisan jawi mula mendapat persaingan. Semoga dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan tulisan jawi akan memberi kesan positif bagi mengangkat tulisan jawi ke persada dunia dan kekal dihayati di rantau AsiaTenggara.
Rujukan:
Amat Juhari Moain (1996), Sejarah Askara Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Panduan Khas Tulisan Jawi KBSR Tahap Satu (1991), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. D.G.E. Hall (1964).
A History of South East Asia , London: MacMillan. Dr. O.W.Wolters (1967). Early Indonesian Commerce , New York: Oxford University Press.
Dr. Omar Amin Husin (1962). Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu, cetakan 1, Singapura:
Qalam. G.W.J. Drewers (1985). “New Light on the Coming of Islam to Indonesia”, dalam Readings on Islam in Southeast Asia , ISEAS. H.A.R. Gibb (terj.) (1929).
Ibn Batutah Travel in Asia and Africa , New York. Ibn Batutah (1964), Rihlah Ibn Batutah , Beirut.
Idros Shamsuddin (1986), Tulisan Jawi Satu Catatan Bibliografi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid (1981).